Fly With Yaya

InggerisFly With Yaya ialah sebuah siri video pendek dwi-bulanan[1] di YouTube yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia merupakan terbitan turunan daripada siri animasi Animonsta, BoBoiBoy, dan dibintangi salah seorang watak utama siri itu, iaitu Yaya.Menurut laman web rasmi studio tersebut, siri ini ingin "[diterjemah dari bahasa Inggeris]...mengajar penonton tentang bahasa, etika budaya, dan tarikan-tarikan di negara yang dilawat oleh Yaya, di samping memaparkan aspek-aspek pelancongan halal."[1]Panjang episod-episod siri ini lebih daripada 3 minit dan memaparkan Yaya (bersama dengan penonton) mempelajari budaya dan gaya hidup di negara yang dilawati, dari aspek-aspek yang berbeza.